Tersingkir pada minggu kedua program realiti Big Stage 2020, Hanie Soraya akui merasa sedih namun kesedihannya itu tidak lama apabila sudah mendapat tawaran bertugas sebagai doktor.
Menurut penyanyi berusia 26 tahun itu, beliau percaya jika rezekinya bukan disitu, pasti ia sudah ada ditempat lain.
Menurut Hanie, permohonannya sebagai doktor juga diterima pada 2 September lalu dan diminta untuk melaporkan diri pada hujung bulan ini di sebuah hospital terkenal di Kuala Lumpur.
Hanie yang juga graduan dari Universiti Mansoura, Mesir dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan, akan menjalani ‘housemanship’ selama dua tahun dan bersedia untuk menjalani rutin sebagai doktor.
Ditanya sama ada akan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, Hanie berkata beliau perlu menyesuaikan diri dan pandai mengagihkan masa untuk kedua-dua bidang yang diceburi.
Semoga dipermudahkan urusan ya Hanie Soraya!
Sumber
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.