Pelakon, Hanez Suraya merupakan antara selebriti yang cukup aktif dalam berbasikal jalanan.
Beliau yang sering berkongsi aktiviti berbasikalnya menerusi laman Instagram, telah menceritakan detik cemas apabila di ‘tahan’ oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurut Hanez, beliau bersama rakan berbasikalnya telah ditegur oleh anggota polis berkenaan yang sekadar menasihatkan mereka untuk menjaga keselamatan.
“Ini kejadian kayuh tadi.. Ingatkan nak tahan kitorg sbb salah sbb kayuh ke apa, rupanya Abg Polis nak selfie ngan kitorg!
“Katanya risau kat kitorg, “Kalau basikal calar takpe, kalau muka calar mcmne?” Alahaiiii, Abg Polis Prihatin sangat”, ujar Hanez.
Beliau yang risau juga telah menghubungi suaminya, namun tidak menyangka kejadian itu sekadar keprihatinan polis dalam menjaga keselamatan pengguna jalanraya, khususnya penunggang basikal.
“Terima kasih @pdrmsia_official kerana prihatin terhadap kami yang berbasikal.”
Sumber: Instagram Hanez Suraya
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.