Pentas Big Stage 2019 telah berakhir malam ini dengan menyaksikan penyanyi berbangsa Korea, Han Byul menjadi juara untuk musim kali ini.
Han Byul telah menyampaikan dua buah lagu, iaitu “Lose Yourself” dendangan Eminem dan “Luka dan Bahagia”, lagu baru ciotaan Haqiem Rusli untuk single terbarunya.
Beliau membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta sebuah kereta Perodua Axia Style, telefon pintar Vivo V17 Pro dan juga sebuah trofi.
Naib juara pula adalah milik Neeta Manisha, diikuti Adzrin ditempat ketiga, Irfan Harris ditempat ke empat dan Dinda Permata ditempat kelima.
Selain daripada persembahan para peserta, persembahan oleh juri, Datuk Seri Siti Nurhaliza nyata memukau mata penonton yang menonton Big Stage malam ini.
Tahniah kepada semua pemenang!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.