Seekor anjing milik salah seorang anggota kumpulan BTS, V atau Kim Taehyung menjadi haiwan paling popular di media sosial.
Yeontan, nama panggilan yang diberikan V sendiri pada tahun 2017 juga dikenali sebagai Tannie.
Malah, Yeontan menjadi pelengkap dalam kehidupan bagi semua anggota BTS.
Sejak beberapa tahun lalu, para peminat BTS, ARMY teruja dan sering mengikuti perkembangan anjing tersebut serta membesar bersama mereka.
Memetik laporan AllKPop, tanda pagar #Yeontan telah melebihi angka 530 juta kali diguna dan ditonton di TikTok.
Susulan itu, ia menjadikan YeonTan sebagai haiwan pertama dunia yang popular dalam platform media sosial tersebut.
Selain TikTok, pelbagai platform media sosial termasuk YouTube, Instagram dan Google juga menjadi tumpuan ketika itu.
V diketahui memelihara Yeontan apabila dia mahu menyelamatkan kehidupan haiwan tersebut yang didakwa mengalami masalah kesihatan dan sakit ketika itu.
Malah, kisah duka Yeontan yang telah menjalani dua kali pembedahan dan kedua-duanya tidak berjaya memulihkan keadaan haiwan itu dikongsikan V sehingga mendapat perhatian peminat.
Sikapnya yang memang sayang kepada haiwan kemudian membuat banyak peminat jatuh cinta dan menyifatkan V sebagai seorang ‘bapa sempurna’.
Banyak hati yang tertawan dan membuat peminat jatuh cinta setelah melihat sikap V yang menyayangi haiwan peliharaannya.
Sumber: Gempak, AllKpop
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.