Gandingan pelakon, Hairul Azreen bersama Fify Azmi dalam filem Wira dilihat menjadi selepas filem berkenaan berjaya membuat kutipan sebanyak RM2.2 juta dalam masa 4 hari tayangan.
Disebalik aksi ganas yang dibawa oleh Fify dalam filem ini, Hairul telah menunjukkan satu sisi manja Fify yang tidak mungkin ramai orang tahu.
Hero filem Wira itu memaklumkan, finalis Dewi Remaja 2015 itu tidak boleh lekang daripada bantal busuknya walaupun sudah berusia 29 tahun.

Ia telah dikongsikan menerusi laman Instastories milik Hairul, hari ini.
Filem Wira menampilkan aksi mempertahankan diri dan juga dibintangi oleh Hilal Azman, Henley Hii, Josiah Hogan, Yayan Ruhian, Ismi Melinda dan pengarah popular, Dain Said yang membawa watak antagonis.

Filem Wira telah ditayangkan dipawagam sejak 21 November lalu.
Sumber: Instastory Hairul Azreen
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.