Nama Hairul Azreen semakin menjadi sebutan ramai selepas kejayaan filem aksi, Paskal pada tahun 2018 dan juga filem WIRA pada tahun lalu.
Ekoran kejayaan itu, beliau telah mendapat dua tawaran untuk berlakon filem luar negara, namun terpaksa dilupakan disebabkan pandemik COVID-19.
Memetik laporan dari Media Hiburan, Hairul juga telah mendapat tawaran daripada seorang pengarah di United Kingdom, namun menganggap belum rezeki untuk membina nama di luar negara.
“Saya sudah lama menyimpan keinginan untuk melebarkan sayap ke Hollywood. Namun tawaran itu belum ada. Lagipun bukan mudah untuk tempa nama di sana.
“Saya mahu mewakili Malaysia sebagai pelakon aksi yang berkebolehan untuk menjayakan babak pertarungan.
“Boleh dikatakan hampir setiap negara Asia mempunyai pelakon aksi yang berjaya ke pentas antarabangsa, jadi saya pun nak harumkan nama Malaysia, insya-Allah,” katanya.
Untuk rekod, filem Paskal merupakan salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018, manakala WIRA pula telah meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM2.2 juta dalam masa empat hari tayangan.
Sumber: Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.