Pelakon Hairul Azreen, mempunyai bakat terpendam apabila diberikan peluang untuk mengarah sebuah filem berjudul Ada Hantu.
Filem tersebut merupakan arahan filem pertamanya dalam mengecapi pencapaian yang terbaik untuk industri hiburan tanah air.
Terkenal dengan lakonan aksi, Hairul mahukan cabaran baharu dalam bidang seni dan juga ingin meluaskan lagi bakatnya untuk membawa banyak karya-karya berkualiti di negara.
Pelakon berusia 33 tahun itu mengakui sedikit gementar tetapi ia adalah pengalaman yang perlu dihadapi dalam mematangkan dirinya untuk memartabatkan industri perfileman Malaysia.
Menerusi siaran langsung di IG Live, Hairul berhasrat agar penonton menyokong filem tersebut yang dibarisi para pelakon hebat tanah air seperti Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Elvina Chua dan Nafiez Zaidi.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.