Pasangan pengantin baru, Justin Bieber dan Hailey Baldwin dilaporkan melangsungkan perkahwinan secara rahsia pada 14 September lalu.
Menurut portal Daily Mail, walaupun mereka baru sahaja berkahwin, Baldwin sudah hilang sabar dengan sikap Bieber yang masih belum mahu kembali bertugas selepas berkahwin.
Tambah lagi, Baldwin dikatakan sudah cukup bersemangat untuk kembali bekerja selepas bergelar isteri, apatah lagi selepas terpilih mewakili beberapa jenama fesyen terkemuka.
Menurut sumber terbabit, Bieber masih mahu berkepit dengan isterinya itu dan menganggap dia sudah ada wang cukup.
"Bieber memberitahu dia mahu mengambil peluang ini untuk bermanja dengan isterinya. Tetapi hakikatnya, dia sudah bosan bekerja dan merasakan dia sudah punya harta yang cukup untuk menyara hidup mereka," ujar sumber itu lagi.
Sumber: Daily Mail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.