Pelakon, Hafreez Adam membuat pengakuan bahawa beliau tidak lagi mengikuti tunangnya, Zara Zya di laman sosial Instagram (IG).

Memetik laporan daripada portal Gempak, Hafreez berkata beliau kini sedang berusaha untuk mencari penyelesaian terbaik bagi menangani masalah yang berlaku antara mereka.

"Saya akui hubungan kami sedang dilanda dugaan, namun saya yakin sudah cukup matang untuk mengawal situasi ini.
“Saya sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk situasi yang berlaku antara kami.
“Instagram adalah tempat saya berkongsi hal berkaitan kerjaya. Tambahan pula saya bukanlah seorang yang suka memuat naik hal peribadi sesuka hati.
“Jadi, bagi mengelakkan banyak masalah dan cerita-cerita kurang enak, saya nekad untuk 'unfollow' Zara di Instagram dan tidak membaca sebarang cerita negatif mengenainya di Instagram.
“Saya bimbang andai hubungan kami dilanda masalah, ada pihak cuba menokok tambah cerita," katanya.
Tambah Hafreez lagi, tiada istilah putus tunang sebaliknya keputusan yang diambil adalah bagi meredakan tekanan dalam hubungan mereka.
Hafreez yang mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu mengakui ketika bercinta, mereka tidak pernah pun bergaduh dan hubungan berjalan dengan baik sahaja.
Beliau juga kesal kerana ada pihak cuba menyebarkan cerita negatif mengenai mereka, namun tidak mengambil serius tentang perkara itu dan menganggap ia sebagai dugaan dalam bertunang.

Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.