Pelakon, Hafreez Adam mengakui tumpang gembira selepas mendapat tahu bekas tunangnya, Zara Zya kini sudahpun menemui pengganti.
Menurut Hafreez, beliau sama sekali tidak pernah ada rasa dendam atau benci kepada Zara, cumanya mereka sudah tidak berhubung sahaja.

Zara Zya sebelum ini pernah mendedahkan beliau sedang mengenali hati budi seseorang pada April lalu, namun tidak didedahkan identiti lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, ibu Hafreez sendiri sebenarnya sudah tahu lebih awal mengenai status Zara dengan kekasih baru itu, dan hubungan Zara dengan keluarga Hafreez juga adalah baik.
“Sebenarnya, ibu dan semua keluarga saya baik dengan Zara meskipun kami sudah putus tunang.
“Saya tidak menghalang mereka untuk meneruskan silaturrahim itu kerana bagi saya apa yang berlaku hanya saya dan Zara sahaja, selebihnya saya tak mahu libatkan orang lain.
“Jadi ibu saya beritahu dia sendiri sudah berjumpa dengan kekasih Zara selepas diperkenalkan. Saya tak kerkejut,”katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Hafreez dan Zara pernah bertunang pada 12 Oktober lalu, namun ikatan itu hanya mampu bertahan selama tiga bulan sebelum mereka nekad memutuskan tunang menerusi aplikasi WhatsApp.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.