Penyanyi, Hafiz Suip menimbulkan tanda tanya warganet apabila dilihat fizikal terkininya kelihatan seakan semakin susut berbanding sebelum ini.
Mohamad Hafiz Mohamad Suip atau mesra disapa Hafiz menafikan isu ‘body shaming’ dan dakwaan negatif terhadap tubuh badannya ketika ini.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Hafiz berkongsi dia sudah berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan mendapati dirinya dalam keadaan baik-baik sahaja.
“Assalamualaikum, ini haaaa sikit lagi nak kembang ni tunggu gim buka. Sihat dan sakit kita ni Allah SWT yang tentukan bukan siapa-siapa yang tentukan walau diri kita.
“Setakat ini Alhamdulillah ok guys, dah jangan fikir banyak. Kita teruskan usaha kita,” katanya.
Penyanyi itu tidak menyangka dia akan mendapat pelbagai spekulasi dan komen negatif selepas memuat naik foto terkini bentuk badannya.
Namun, dia sudah memaafkan individu yang melontarkan kata-kata negatif mengenai dirinya dan mahu semua pihak tidak melibatkan keluarganya dalam perkara sebegini.
“Saya maafkan korang semua baik tak kenal mahu pun yang kenal. Macam-macam saya dapat hari ini mahupun yang baik atau yang buruk,” ujarnya.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.