berita hiburan era (Video) Hadi & Dayana Malu-Malu Nak Sarung Cincin Walaupun Dah Sah Suami Isteri Mereka tidak pernah berhubungan secara terus sebelum berkahwin Editor 19 Jun 2019, 10:07 AM Share Tweet Buat peminat drama bersiri ‘Elly & Epit’, pasti anda sudah mengetahui tentang kisah perkahwinan dua pelakonnya, Hadi Mazlan dan Dayana, minggu lalu.Moment perkahwinan mereka juga telah dikongsikan oleh kedua belah keluarga mereka dan apa yang menarik minat kami ialah video oleh ibu Dayana, iaitu Puan Che Rohaida yang berkongsikan babak istimewa saat pengantin lelaki menyarungkan cincin ke jari anak sulungnya.Kedua-dua mempelai yang baru berusia 20 tahun ini dilaporkan tidak pernah berhubungan secara terus dan perlu melalui ibu dan bapa masing-masing. Disebabkan itu, mereka dilihat agak tersipu malu semasa detik sarung cincin tersebut.Nampak malu & takut bersentuhan walaupun dah sah suami isteri View this post on Instagram Saat pengantin lelaki akan menyarungkan cincin ke jari pengantin perempuan.. Jelas nampak malu di muka and takut bersentuhan, walaupun secara rasmi sudahpun menjadi suami isteri.. MasyaAllah.. sungguh suci.. Sepanjang bertunang, mereka tidak pernah berhubung melainkan hanya benda yg penting sahaja, semua melalui ibu dan bapa, Syariat dlm islam di pegang sehinggalah mereka di satukan.. Sy yg sebak dan tidak dapat menahan perasaan sehingga kini perasaan bercampur baur.. Barakallah.. Allah memberkati mu nak.. 😭A post shared by Aida Daud (@aidacdaud) on Jun 17, 2019 at 6:42am PDTRasa kehilangan, bagaikan permata yang tiada pengganti View this post on Instagram Allah je tahu perasaan semasa selesai akad nikah.. Ibaratnya hilang permata yg x kan terganti, sampai skrg sy masih rasa kehilangan, hanya yg tinggal si dara dan teruna yg masih remaja dan kecil yg akan menemani sy.. Jauh di lubuk hati sy bersyukur dapat family besar ( besan ), cuma naluri ibu biasalah, sy belanja skit gambar moment Akad Nikah.. Kredit to Photographers yg bertungkus lumus hari kejadian Tudung Magenta yg kami pakai di sponsor oleh @by_izzahmuslehA post shared by Aida Daud (@aidacdaud) on Jun 18, 2019 at 12:50am PDTDayana akan henti contact kawan lelakiTahniah!Sumber: IG aidacdaud Share Tweet Filled Under : trending info era gmmj ellydanapit dayana hadi *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.