Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Guru Z, Murid Alpha: Jarak Umur Dekat Tapi Dunia Berbeza

ROSTAM, Mohamad Firdaus
16 May 2025, 10:40 AM

guru z, murid alpha: jarak umur dekat tapi dunia berbezaFoto sekadar hiasan

Tugas seorang guru hari ini tidak lagi semudah dulu. Ramai guru muda dari Generasi Z berdepan cabaran besar bila mendidik murid Generasi Alpha yang lahir selepas tahun dua ribu sepuluh.

Memetik laporan Sinar Harian, walaupun usia mereka tidak jauh beza, dunia yang membentuk mereka sangat berlainan. Murid sekarang membesar dalam suasana serba digital, pantas dan penuh rangsangan visual, manakala guru pula masih perlu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan cara belajar yang sangat laju.

Generasi Alpha ini bijak guna gajet, mudah akses maklumat, dan terbiasa dengan hiburan segera. Mereka cepat bosan, lebih tertarik dengan pembelajaran yang menyeronokkan dan visual. Mereka juga lebih berani bersuara, gemar bertanya, dan tidak takut memberi pandangan sendiri. Semua ini menuntut guru untuk lebih kreatif dan bersabar.

Ramai guru mengaku bahawa apa yang mereka belajar semasa latihan dulu tidak lagi cukup. Mereka terpaksa cari cara baru untuk menarik perhatian murid. Ada yang guna video pendek seperti TikTok, ada yang buat kuiz atas talian, dan ramai yang guna aplikasi pembelajaran interaktif dalam kelas. Tujuannya satu iaitu supaya murid kekal fokus dan seronok belajar.

Namun, guru juga perlu berdepan satu lagi cabaran besar, iaitu disiplin. Dalam dunia sekarang yang terlalu bebas, murid lebih berani mencabar arahan dan suka ikut kehendak sendiri. Kalau guru terlalu tegas, dikatakan tidak mesra. Kalau terlalu lembut, murid naik kepala. Jadi guru perlu bijak cari keseimbangan, dan ini bukan tugas mudah.

Walaupun begitu, ramai guru tetap berusaha memahami murid dan tidak mahu cepat mengalah. Mereka tahu bahawa setiap generasi ada cabaran sendiri. Apa yang penting, guru hari ini bukan lagi sekadar orang yang mengajar. Mereka juga kena jadi pendengar, pembimbing, pereka kandungan kreatif, dan dalam masa yang sama, tetap jadi contoh yang baik.

Mendidik murid Generasi Alpha bukan kerja mudah. Tapi selagi guru terus belajar, berubah dan berusaha mendekati dunia murid, mereka tetap ada peluang untuk membentuk generasi yang bijak dan berakhlak. Dunia mungkin berubah, tapi peranan guru tetap penting dan dihargai sampai bila-bila.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us