Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Greta Thunberg Antara Aktivis GSF Dijangka Dibebaskan Hari Ini

ROSTAM, Mohamad Firdaus
06 Oct 2025, 11:19 AM

greta thunberg antara aktivis gsf dijangka dibebaskan hari iniFoto: Facebook

Aktivis alam sekitar terkenal dari Sweden, Greta Thunberg, bersama lebih 70 individu pelbagai negara dijangka dibenarkan keluar dari Israel hari ini selepas ditahan ketika menaiki kapal Misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang dipintas tentera negara itu.

Menurut kenyataan kerajaan masing-masing pada Ahad, kebanyakan aktivis yang dibebaskan akan diterbangkan ke Greece sebelum pulang ke negara asal.

Antara mereka ialah 28 warga Perancis, 27 warga Greece, 15 warga Itali dan sembilan warga Sweden, manakala 21 rakyat Sepanyol telah tiba di negara mereka semalam. Namun, 28 lagi warga Sepanyol dilaporkan masih ditahan oleh pihak berkuasa Israel.

Kumpulan berkenaan merupakan sebahagian daripada 45 kapal GSF yang membawa aktivis dan ahli politik antarabangsa dengan misi melepasi sekatan Israel bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang kini berdepan krisis kebuluran menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kapal-kapal tersebut dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa pada Rabu lalu, dan menurut seorang pegawai Israel, lebih 400 individu dihalang daripada meneruskan perjalanan ke Gaza.

Kementerian Luar Itali dan Greece memaklumkan warganegara masing-masing akan diterbangkan dari Israel ke Athens pada Isnin. Menteri Luar Itali, Antonio Tajani, turut mengesahkan bahawa 15 rakyat Itali akan dibantu untuk transit pulang ke tanah air.

Sementara itu, Kementerian Luar Perancis menyatakan 28 rakyatnya akan dihantar ke Greece daripada 30 orang yang ditahan, manakala media Sweden melaporkan sembilan rakyatnya juga dijangka diterbangkan ke sana walaupun belum disahkan secara rasmi.

Sebelum ini, 26 warga Itali telah pulang ke negara mereka pada Sabtu, namun baki 15 orang lagi masih menunggu proses pengusiran selepas enggan menandatangani borang pelepasan sukarela

greta thunberg antara aktivis gsf dijangka dibebaskan hari iniFoto: Facebook

Warga Itali Dakwa Dihina Tentera Israel

Beberapa warga Itali mendakwa mereka menerima layanan sangat hina ketika dalam tahanan Israel.

Wartawan Fanpage, Saverio Tommasi, mendedahkan dirinya dipukul di bahagian belakang dan kepala, menyifatkan layanan diterima “seperti monyet tua dalam sarkas zaman 1920-an.”

Menteri Luar Sweden, Maria Malmer Stenergard, pula memberitahu AFP bahawa pegawai kedutaan Sweden di Tel Aviv telah dibenarkan melawat sembilan rakyat mereka di tahanan.

“Lewat Ahad, pihak berkuasa Israel memaklumkan bahawa rakyat Sweden akan dibenarkan meninggalkan Israel pada Isnin melalui penerbangan,” katanya.

Seorang warga Sepanyol, Rafael Borrego, yang telah pulang ke negaranya pada Ahad turut mendakwa tahanan mengalami penderaan fizikal dan mental berulang kali, termasuk dipukul serta dipaksa berbaring di lantai.

Sumber: Sinar Harian

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us