Pernah tak korang tersilap naik Grab? Korang request orang lain tapi disebabkan mungkin jenis kereta sama, tak periksa dulu, korang main bedal je naik kereta tu. Padahal tu kereta orang lain. Hahaha
Ini lah yang terjadi kepada seorang lelaki ni. Dia sangkakan Grab yang dipesan dah sampai, jadi dengan penuh confident, dia pun masuk dan terus letak bag. Sekali bila tengok tepi, rupa-rupanya Sufian Suhaimi.
Lelaki tersebut ada tweet dan menyertakan gambar beliau dengan Sufian. Dan penyanyi itu menejelaskan yang dia sedang menunggu calltime di dalam kereta. Tetapi, tiba-tiba lelaki tersebut dengan yakinnya membuka pintu belakang dan terus masuk ke dalam kereta.
Tweet daripada Sufian Suhaimi mendapat lebih 19 ribu RT dan ramai yang terhibur dengan kisah tersebut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.