Mira Filzah atau nama sebenar beliau Nur Amirah Filzah binti Badioezaman merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan juga usahawan wanita. Beliau mula menceburkan diri dalam bidang peragaan sejak dari umur 17 tahun lagi.
Pelakon yang membintangi pelbagai drama dan filem ini telah diberikan panggilan “Gadis Idaman Malaya”, seperti yang dipetik oleh portal Gempak.
Mengulas mengenai panggilan tersebut, Mira tidak tahu mengenainya namun beliau menerima panggilan tersebut seikhlas hati.
"Gelaran itu datangnya daripada orang luar, saya sendiri pun tak tahu. Ramai saja gadis muda dan cantik di Malaysia tapi Alhamdulillah mungkin ada yang nampak saya sesuai dengan gelaran sebegitu.
"Sebenarnya berat untuk membawa beberapa gelaran misalnya Malaysia's Sweetheart termasuklah 'gadis idaman Malaya' ini, ia memberi pelbagai perspektif di mata orang ramai.
"Ada yang mungkin menyokong dan mungkin yang akan mempersoalkannya. Oleh kerana orang luar yang tentukan, jadi saya terima dengan ikhlas.
"Sebenarnya lagi berat kalau pengiktirafan diterima secara rasmi misalnya dalam satu-satu majlis anugerah. Tetapi ini hanyalah tanggapan orang.
"Bagi saya memadailah saya hanya jadi diri sendiri dan apabila itu tanggapan orang terhadap saya, perlulah saya jaga sebaiknya supaya tanggapan itu masih sama sampai bila-bila,", kata Mira pada portal Gempak.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.