Pada konsert Big Stage minggu kedua, satu insiden mengejutkan terjadi apabila salah seorang peserta Big Stage, Baby Shima, rebah dan pengsan secara tiba-tiba selepas membuat persembahan.
Ada yang membuat spekulasi bahawa gaun merah yang dikenakan penyanyi itu terlalu ketat, menyebabkan penyanyi itu rebah kerana sesak nafas.
Dipetik daripada Astro Gempak, pereka fesyen yang bertanggungjawab menyediakan gaun untuk Baby Shima pada malam konsert kedua Big Stage, Azhar Zainal menegaskan gaun itu bukan punca penyanyi itu rebah di pentas selepas tamat persembahan.
Jelasnya, gaun tersebut juga telah dilonggarkan mengikut keselesaan badan Baby Shima untuk persembahan itu.
"Untuk memudahkan Baby Shima bernafas pada malam kejadian selepas dia pengsan, saya sendiri yang menyuruh paramedik memotong gaun itu sebab zip sukar dibuka.
"Tambah-tambah dengan keadaan panik di belakang pentas,"
"Doktor pun sudah mengesahkan Baby Shima pengsan bukan sebab sesak nafas akibat gaun itu.
"Dia dalam kondisi kepenatan dan sudah memberikan sehabis baik pada konsert itu," katanya kepada Gempak.
Sumber: Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.