Pelakon, Zahirah MacWilson, terdahulu pernah memuatnaik foto dan video di laman Instagram miliknya, @zahirahmacwilson dengan pakaian fesyen Harajuku.
Walaubagaimana pun, foto tersebut yang dilihat agak seksi mendapat kecaman dan kritikan orang ramai. Dipetik daripada mStar, apa yang dipakai olehnya itu adalah untuk urusan kerja, dan bukan suka-suka.
“Apa yang saya pakai itu adalah sebahagian daripada kerja dan bukan saja-saja.
"Pakaian Harajuku itu disediakan oleh pihak AirAsia sempena kunjungan ke Tokyo Jepun baru-baru ini," ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Zahirah sudah menjangka perkara tersebut bakal terjadi kerana pakaian itu menampakkan paha dan ia sensitif di Malaysia.
"Saya tahu ia akan jadi pertikaian kerana menampakkan paha dan seksi isu yang sensitif di Malaysia.
"Saya melakukan atas sebab kerja seperti kita berlakon kita kena bawa watak gadis suka berparti atau antagonis,"
Sumber: mStar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.