Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Terbang ke Angkasa, Gaji Tak Setinggi Bintang: Realiti Jadi Angkasawan NASA

IDRUS, Husna Najwa
22 Oct 2025, 12:59 PM

terbang ke angkasa, gaji tak setinggi bintang: realiti jadi angkasawan nasa

Ramai menyangka menjadi angkasawan NASA bermakna hidup mewah dengan gaji luar biasa namun realitinya mungkin mengejutkan. Menurut data rasmi, gaji permulaan seorang angkasawan NASA hanyalah sekitar USD66,026 setahun, bersamaan lebih kurang RM312,000 setahun atau sekitar RM26,000 sebulan.

Bagi kebanyakan orang, angka itu mungkin kelihatan lumayan. Tetapi bila dibandingkan dengan tanggungjawab yang luar biasa, menjelajah ke angkasa lepas, berdepan risiko tinggi, menjalani latihan ketenteraan dan saintifik selama bertahun-tahun, jumlah itu sebenarnya sederhana.

Menjadi angkasawan bukan sekadar “kerja”, ia adalah pengorbanan seumur hidup. Sebelum diterima oleh NASA, calon perlu melalui:

terbang ke angkasa, gaji tak setinggi bintang: realiti jadi angkasawan nasa

  • Proses pemilihan yang amat ketat, dengan kadar penerimaan kurang daripada 1%.
  • Latihan intensif bertahun-tahun dalam bidang kejuruteraan, sains dan penerbangan.
  • Latihan simulasi tanpa graviti, ketahanan fizikal dan mental, serta penguasaan bahasa Rusia untuk misi bersama ISS (Stesen Angkasa Antarabangsa).

Dengan tahap cabaran sebegitu, ramai menganggap gaji yang diterima tidak setimpal dengan risiko dan usaha, tetapi inilah yang membezakan semangat eksplorasi dan kecintaan terhadap ilmu, bukan wang.

Bagi seorang angkasawan, ganjaran sebenar bukanlah jumlah dalam slip gaji tetapi pengalaman menatap bumi dari ruang angkasa, rasa tanggungjawab terhadap kemanusiaan dan peluang menyumbang kepada sejarah penemuan manusia.

Setiap misi mereka membawa makna besar iaitu untuk menguji sains baharu, membuka peluang penerokaan planet dan membina asas untuk masa depan generasi akan datang.

terbang ke angkasa, gaji tak setinggi bintang: realiti jadi angkasawan nasa

Foto: NASA

Seperti kata salah seorang bekas angkasawan NASA,

“Kami mungkin tak jadi kaya, tapi kami kaya dengan pengalaman yang tiada siapa di bumi boleh bayangkan.”

Menjadi angkasawan bukan tentang berapa banyak bayaran yang akan diterima tetapi tentang berapa jauh kamu sanggup pergi demi masa depan manusia.

Sumber: NASA

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us