Kredit gambar utama: Astro Gempak
2 tahun berada di kem latihan ketenteraan, pastinya peminat merindu penyanyi kesayangan mereka G-Dragon. Bagaimanapun, pihak pengurusan G-Dragon iaitu YG Entertainment meminta agar peminat tidak kerap menghantar surat kepada G-Dragon.
Syarikat pengurusan itu mengelurkan kenyataan selepas terlalu banyak surat yang dihantar kepada G-Dragon di kem latihan ketenteraan tersebut. Pihak kem telah memberi kiriman email kepada YG kerana disebabkan terlalu banyak surat buat G-Dragon, anggota tentera lain di sana sukar menerima surat daripada keluarga mereka kerana telah melebihi limit.
“Ini merupakan mesej penting daripada YG Entertainment kepada peminat G-Gragon.
“Pada 27 Februari, sebagai seorang lelaki yang menjalankan tanggungjawab negara, G-Dragon telah pun selamat menjalani latihan ketenteraan.
“Terima kasih atas sokongan anda semua, dia kini berada dalam keadaan sihat dan sedang menjalani latihan dengan baik.
“Bagaimanapun disebabkan begitu banyak surat yang dihantarkan kepadanya, G-Dragon membuatkan dia berada dalam situasi yang agak kekok dengan rakan sepasukannya.
“Dia berasa sangat bersalah kepada rakan sepasukannya dan peminat kerana dia tidak mampu untuk membaca kesemua mesej yang diberikan kepadanya.
“Berada dalam persekitaran yang baru membuat dia berasa begitu bersemangat. G-Dragon juga bersyukur kerana mempunyai peminat seperti anda semua.
“Dia juga dapat merasai kekuatan dan sokongan yang diberikan kepadanya.
"Namun untuk membuatkan latihan ketenteraan G-Dragon selesa dan berjalan dengan lancar, kami amat berterima kasih kepada peminat sekiranya anda boleh menahan sedikit daripada menghantarkan surat kepadanya.
“Terima kasih,” tulis wakil YGE.
Sumber: Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.