Penyanyi, Khai Bahar telah berkolaborasi bersama Siti Nordiana dalam satu muzik video terbaru, Satukan Rasa.

Menerusi gandingan ini, rata-rata peminat dilihat teruja dan ramai yang memberikan komen positif terhadap mereka.

Lagu Satukan Rasa yang telah dimuatnaik dilaman Youtube Seventeen Eleven Music pada 2 Julai lalu sehingga kini mendapat jumlah tontonan melebihi 2 juta dengan 69 ribu tanda suka.
Selain itu, Siti Nordiana juga tidak melepaskan peluang untuk menggunakan aplikasi yang merubah wajah menjadi tua.
“Kami dah tuaaa . Mana anak2 cucu ni. X datang melawat mader & fader ke”, tulis Nana dengan nada berseloroh.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.