Pelakon dan juga usahawan, Fizo Omar, telah terpalit dengan tuduhan kononnya beliau meminta bantuan dari segi kewangan dari kerajaan atau mana-mana pihak, seperti yang dihebahkan di media sosial.
Bagaimanapun, menurut Fizo seperti yang dipetik dari Gempak berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya isu berkenaan menjatuhkan maruah diri serta keluarga.
"Berhubung isu selebriti minta bantuan dari kerajaan, ingin saya tegaskan tak pernah minta bantuan kewangan dari kerajaan atau mana-mana pihak seperti didakwa di media sosial.
"Ini adalah fitnah besar terhadap saya. Jadi saya tak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang sewajarnya.
"Jika perkara ini berlarutan termasuklah komen kata-kata kesat di media sosial yang boleh menjatuhkan maruah saya dan nama baik saya serta keluarga," katanya.
Fizo akan memaafkan individu terbabit dan beharap agar mereka menarik semula kenyataan yang dikeluarkan, dan yakin ia hanya salah faham.
Beliau juga meminta maaf andai perlakuannnya ini menggores hati mana-mana pihak dan turut mendoakan agar wabak COVID-19 ini segera berakhir.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.