Semalam, pelakon Fizo Omar dan Mawar telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Fizo juga percaya ia adalah satu perancangan yang telah diaturkan oleh Allah dan beliau menerima takdir yang ditentukan ini dari sudut positif.
"Apa yg berlaku di antara saya dan Mawar ini adalah dengan izinNYA. Setelah pelbagai usaha dilakukan dan kami bersepakat untuk berpisah dengan cara baik.
"Sesiapa yang berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.Tapi perancangan ALLAH untuk kita adalah yang terbaik.
"Saya terima takdir ini dan saya percaya ALLAH tidak pernah zalim kepada hambaNYA dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
"Kita sebagai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yang positif dan jangan sesekali bersangka buruk kepada takdirnya," tulis Fizo menerusi laman Instagram miliknya.
Tambah Fizo lagi, penceraian ini bukanlah satu pengakhiran sebaliknya sebagai satu permulaan kepada fasa baru kehidupan mereka.
"Hari ini, 10 Julai 2019, dengan izin ALAH, status kami sebagai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kepada co- parent kepada zuriat kami, Wan Maryam Wan Hafizol iaitu amanah ALLAH kepada kami untuk menjaga dan mendidiknya.
"INSYA-ALLAH hubungan baik saya dan Mawar akan berterusan dan saya pasti hikmah di sebaliknya, kami terus menjaga silaturahim di antara kami dan keluarga akan bertambah erat.
"Pada saya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu permulaan fasa baru dalam hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik. Tiada perbalahan di antara kami dan punca dan sebab yang berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.
"Semoga dengan takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing-masing untuk menjadi insan yang lebih baik kelak," ujarnya.
Malah Fizo juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kata-kata semangat buatnya dan Mawar.
"Saya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Mawar dan keluarga, juga berterima kasih di atas doa dan sokongan daripada anda semua yang berterusan untuk kebaikan kami.
"Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mendoakan baik-baik untuk saya dan Mawar,"
Sumber: Instagram Fizo Omar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.