berita hiburan era Fizo Omar Dan Mawar Sah Bercerai Talak Satu Mawar juga diperintahkan menjalani tempoh idah selama 3 bulan. Editor 10 Jul 2019, 12:01 PM Share Tweet Hari ini, pelakon Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.Pasangan berkenaan bercerai selepas spekulasi mengenai rumah tangga mereka mulai tular sejak beberapa bulan lalu apabila mereka didapati tidak menyambut Syawal bersama.Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan membenarkan pemohonan cerai yang difailkan oleh Mawar. Mawar juga diperintahkan menjalani tempoh idah selama 3 bulan. View this post on Instagram Pertama kali sy ingin meminta maaf jika penulisan sy ada mana2 pihak terguris hati. Sebelum ini sy tidak pernah menggunakan media social satu platform untuk sy meluah kan perasaan,mencerita terutama kisah peribadi sy. Banyak pihak sy perlu jaga juga berhati2.Sebelum ini sy hanya kongsi kegembiraan,kerjaya,kerana kehidupan adalah satu ‘peribadi ‘untuk sy cerita. . Setiap apa jua berlaku pasti ada hikmah ,sudah tentu sy perlu muhasabah diri dekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita pasti ada sebab-Nya .kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna. . Di sini bg sy sebaiknya setiap masalah dihadapi oleh pasangan biar la ‘hanya suami isteri ‘ dan jika tidak seeloknya hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja. Jika ada pihak lain campur tangan perhubungan akan menjadi lain. Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yg berlaku sebelum atau kehadapan ‘tiada tanggapan negative terhadap pasangan kita. Bila kurangnya komunikasi ‘benda kecil pun akan menjadi besar. Hanya saya & fizo saja tahu,rasa apa yg kami lalui sekarang ni. Diharapkan semua pihak jangan buat apa2 spekulasi mengenai rumah tangga kami. . Apabila setiap pasangan dikurniakan zuriat, peganglah amanah,didik sebaik mungkin, hargai la setiap kurniaan kita di depan mata selagi ada. Kehidupan kita jgk akan berubah 360 darjah jika Allah memberi amanah rezeki ‘Anak’ untuk kita. Banyak benda kita perlu ‘korban’ demi anak dan tak semua ibu bapa sanggup berkorban demi anak. Mungkin kita kadang2 terlepas pandang banyak perkara sebelum ini. Insyaallah sy dan fizo sentiasa memberi kan yg terbaik buat Maryam. . Benar,semua mengimpikan kebahagian,mempunyai keluarga ‘kehidupan sendiri ‘ dalam perkahwinan,impikan kebahagia dunia akhirat serta mendapat barokah. Semua pasangan sebaiknya nk pertahankan perkahwinan masing2. Mungkin ini ujian berat untuk Sy dan Fizo hadapi. Setiap kesulitan pasti ada jalan dari Allah. Pertemuan,Jodoh,ajal,maut semua di tangan Tuhan. Semoga Allah memberi kami jalan yg terbaik. Insyaallah. Terima kasih kalian yg mendoakan yg terbaik buat sy,fizo dan amanah kami ‘Maryam ‘. Hanya Allah saja membalas jasa kalianA post shared by Mawar Karim (@mawar_karim) on Jun 28, 2019 at 7:15pm PDTSumber: Awani Share Tweet Filled Under : trending info era gmmj fizoomar fizo mawar bercerai *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.