Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Air Mata Jatuh, Fizo Omar Masih Sayangkan Mawar

Fizo membuat pengakuan bahawa kasih sayangnya hanya untuk Mawar.
Editor
10 Jul 2019, 02:47 PM

Hari ini, pasangan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Ketika ditemui media, Mawar membuat pengakuan masih menyayangi suaminya Fizo Omar, namun terpaksa mengorbankan kasih sayang itu demi kebahagian Fizo.

air mata jatuh, fizo omar masih sayangkan mawar

"Dengan rela hati, saya memang sayang Fizo (menangis). Tapi saya korbankan kasih sayang ini untuk keluarga dia,

"Apa yang berlaku bukanlah disebabkan ego ataupun harta, mungkin ada hikmah untuk masa depan saya dan kami akan menjadi kawan baik demi membesarkan Maryam.

"Selama enam tahun tempoh perkahwinan ini, saya dan Fizo telah mencuba (menyelamatkan), namun saya reda serta pasrah.

"Mungkin smpai di sini sahaja keserasian antara saya, Fizo dan keluarganya," kata Mawar.


Fizo yang juga ditemui diluar mahkamah turut membuat pengakuan bahawa kasih sayangnya hanya untuk Mawar.

air mata jatuh, fizo omar masih sayangkan mawar

"Saya masih sayang dan kasihkannya... dan saya mengucapkan terima kasih pada Mawar kerana menjadi isteri dan ibu kepada anak kami, Wan Maryam.

"Saya banyak terhutang budi padanya... dia sangat baik," katanya.

Fizo juga berkata, dia reda dengan penceraian yang berlaku.

"Cukup untuk saya katakan jodoh saya dan Mawar berakhir di sini...

"Pada saya ini bukan pengakhiran tapi ini merupakan satu permulaan untuk kami menjadi ibu bapa bersama menjalankan tanggungjawab untuk membesarkan Mariam," katanya seperti dipetik daripada Sinar Harian.

air mata jatuh, fizo omar masih sayangkan mawar

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}