
Menjelang sambutan Hari Kebangsaan buat negara kali ke-66, menerusi Filem Malbatt: Misi Bakara ini mampu memupuk dan menyemarakkan semangat patriotik buat rakyat Malaysia.
Kisah benar yang berdasarkan misi dan perjuangan anggota Batalion Malaysia (Malbatt) yang menyelamatkan 70 anggota tentera Amerika Syarikat atau US Rangers yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia pada 1993 lalu.
Hanya dengan 4 hari tayangan, filem ini berjaya mencatatkan jumlah RM10.5 Juta dan menjadi filem nombor 1 di pawagam atas sokongan rakyat Malaysia.
Menerusi kejayaan yang dilakar ini dapat menjadikan bukti bahawasanya rakyat Malaysia masih memiliki semangat patriotik yang kuat dan teguh.
Sumber Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.