Kira-kira 15 tahun lalu, filem Charlie & The Chocolate Factory pernah mencipta fenomenanya tersendiri menerusi genre fiksyen dan imaginasi di dalam dunia yang dipenuhi coklat.
Lakonan asal Johnny Depp sebagai Willy Wonka pada tahun 2005 ini dilaporkan akan kembali selepas Warner Bros membawakan prekuelnya berjudul Wonka.
Wonka mengisahkan kisah awal Willy Wonka semasa zaman kanak-kanaknya dan pengalaman yang dilalui sebelum membuka kilang coklat terkenal di dunia.
Atas sebab itulah, Johnny Depp tidak disenaraikan sebagai pelakon utama, sebaliknya watak Willy Wonka ketika zaman muda mungkin disandang sama ada oleh Tom Holland atau Timothee Chalamat.
Ada juga ura-ura menyatakan watak berkenaan akan dipegang oleh Ryan Gosling atau Ezra Miller, namun semua itu masih lagi menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat kerana ia masih lagi dalam perbincangan.
Prekuel ‘Charlie & The Chocolate Factory’ berjudul ‘Wonka’ ini bakal menemui peminat pada 17 Mac 2023.
Sumber: Wionews.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.