Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Fenomena La Nina Dijangka Melanda Malaysia Hujung Tahun, Punca Hujan Lebat & Risiko Bencana

ROSTAM, Mohamad Firdaus
24 Sep 2025, 12:05 PM

fenomena la nina dijangka melanda malaysia hujung tahun, punca hujan lebat & risiko bencanaFoto sekadar hiasan

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fenomena La Nina bakal melanda Malaysia bermula hujung tahun ini sehingga Februari 2026, sekali gus membawa risiko hujan lebat yang lebih kerap serta potensi bencana seperti tanah runtuh dan banjir.

Keadaan Cuaca Terkini

MetMalaysia dalam tinjauan cuaca jangka panjang bagi September 2025 hingga Februari 2026 memaklumkan, pola El Nino–Southern Oscillation (ENSO) kini berada pada tahap neutral dengan kebarangkalian 56 peratus berterusan sehingga Oktober.

Selepas itu, terdapat kemungkinan La Nina berlaku dalam tempoh singkat sebelum pola kembali normal pada pertengahan 2026.

Apa Itu La Nina?

Menurut National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA), La Nina merujuk kepada keadaan suhu yang lebih sejuk daripada biasa di Pasifik Tengah dan Timur. Fenomena ini sebahagian daripada kitaran ENSO yang mengimbangi haba, angin dan arus lautan.

Ketika La Nina, ‘trade winds’ atau angin pasat bertiup lebih kuat, menolak air suam dari Amerika Selatan ke arah Asia. Kesan langsungnya adalah peningkatan pembentukan awan dan kekerapan hujan lebat di rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia.

 

@ahmadfaezal4 La Nina telah diumum dengan jangkaan berlaku sekitar hujung tahun ini ke awal tahun depan. Fenomena ni semulajadi yang berpunca oleh kerana faktor-faktor imbangan di Lautan Pasifik. #lanina #elnino #alam #pasifik #lautan ♬ original sound - Ahmad Faezal

 

Risiko Kepada Malaysia

Penganalisis iklim dan penulis geopolitik, Ahmad Faezal menjelaskan, La Nina berpotensi mengundang beberapa risiko:

•⁠  ⁠Banjir kilat & banjir besar akibat hujan lebat berpanjangan.

•⁠  ⁠Tanah runtuh terutama di kawasan berbukit.

•⁠  ⁠Gangguan ekonomi, termasuk pesawah yang kehilangan hasil padi dan nelayan yang tidak dapat turun ke laut kerana ombak kuat.

Beliau turut mengingatkan bahawa tempoh La Nina lazimnya antara 9 hingga 12 bulan, namun pernah berlarutan sehingga tiga tahun seperti yang berlaku antara 2020 hingga 2023.

Nasihat & Persediaan

MetMalaysia menasihatkan orang ramai, khususnya mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir, untuk:

•⁠  ⁠Sentiasa peka dengan amaran cuaca yang dikeluarkan pihak berkuasa.

•⁠  ⁠Menyimpan dokumen penting di tempat selamat.

•⁠  ⁠Mengetahui lokasi pusat pemindahan sementara yang berhampiran.

Secara ringkas, El Nino membawa cuaca panas dan kering, manakala La Nina membawa hujan lebat serta kelembapan. Sekiranya fenomena ini melanda pada hujung tahun, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk lebih berwaspada menghadapi kemungkinan bencana.

Sumber: TikTok

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us