Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Fazura Umum Berhenti Berlakon Drama TV, Pilih Fokus Pada Anak & Filem - “Ini Adalah Keputusan Besar…”

ROSTAM, Mohamad Firdaus
23 Jan 2026, 12:07 PM

fazura umum berhenti berlakon drama tv, pilih fokus pada anak & filem - “ini adalah keputusan besar…”Foto: Instagram

Pelakon terkenal, Nur Fazura Sharifuddin, mengumumkan bahawa beliau akan menamatkan penglibatannya dalam drama televisyen di semua saluran tempatan.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keperluan keluarga dan kesukaran menyeimbangkan jadual kerja yang padat.

Fazura, 43, berkata dirinya mahu memberi lebih perhatian kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia enam tahun, terutama memandangkan komitmen penggambaran drama memerlukan masa yang panjang.

“Saya tidak pasti apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Tetapi buat masa ini, saya membuat keputusan untuk berhenti berlakon drama di semua stesen TV di Malaysia,” katanya ketika ditemui p di Kuala Lumpur pada Khamis, semalam.

Bagaimanapun, Fazura masih terbuka untuk menerima tawaran berlakon filem, sama ada projek tempatan atau Indonesia, bergantung kepada kesesuaian dan jadual.

“Untuk filem, saya masih bersedia dan masih berminat. Tetapi untuk drama, saya sudah membuat keputusan untuk bersara daripada semua stesen TV tempatan,” katanya.

Menurut Fazura, tempoh penggambaran drama yang memakan masa lama menjadi salah satu faktor utama dirinya membuat keputusan ini.

Selain itu, Fazura juga turut memikirkan kesan kepada anaknya yang mengalami kebimbangan apabila berjauhan dengannya.

“Fatima sangat rapat dengan saya dan dia sukar untuk berjauhan dalam tempoh lama. Jika saya bekerja terlalu lama, dia akan mencari saya, malah ketika tidur pun dia menunggu saya pulang,” katanya.

Fazura juga menyatakan terdapat beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi keputusan itu, selain kekangan masa.

“Ini adalah keputusan besar dan saya mengambilnya dengan penuh pertimbangan. Selain kekangan masa, ada beberapa faktor lain yang mendorong saya untuk berhenti berlakon drama di semua stesen TV Malaysia,” jelasnya.

Pelakon filem Langit Cinta itu bagaimanapun menegaskan keputusan itu dibuat untuk menyeimbangkan tanggungjawab sebagai ibu dan kerjaya, namun menyerahkan segala ketentuan masa depan kepada takdir.

“Ini keputusan besar dan saya sudah menetapkannya. Namun kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah pada masa depan,” katanya.

Selain itu, Fazura masih berminat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang muzik di bawah Universal Music Malaysia. Bahkan, dia memaklumkan bahawa dirinya kini mengikuti kelas vokal dan tidak menolak peluang menghasilkan lagu jika ada tawaran yang sesuai.

“Minat saya terhadap muzik masih ada. Jika ada projek lagu yang menarik, insya-Allah saya terbuka,” katanya.

Fazura memulakan kerjaya lakonan sejak 2004 menerusi filem Bicara Hati dan seterusnya membintangi lebih 16 drama televisyen, termasuk Gol & Gincu The Series yang mempopularkan namanya. Drama terakhirnya ialah Lelaki Itu yang ditayangkan di TV3 pada 2024, tahun lalu.

Sumber: Gempak

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us