Pelakon, Nur Fazura hari ini telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Memetik hantaran di akaun Instagram peribadinya, isteri kepada Fattah Amin memaklumkan selamat melahirkan seorang cahaya mata dengan sempurna dan sihat.
“Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020.
“Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga.
“Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW,” tulisnya dalam hantaran itu.
Fattah Amin dan Fazura turut merakamkan penghargaan kepada semua peminat yang sentiasa mendoakan mereka sekeluarga.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.