Pelakon, Nur Fazura Sharifuddin mendedahkan seawal kehamilannya ini, beliau merupakan seorang yang amat cerewet, lagi-lagi melibatkan soal makanan.
Menurutnya, disebabkan kerenahnya itu, suaminya, Fattah Amin hanya mampu bersabar dan sering menjaga hatinya dengan cukup baik.
"Ketika mula-mula mengandung, saya memang amat cerewet bab makan. Ada satu ketika, dia beli sandwich yang mengandungi mayonis sedangkan saya tak suka.
"Saya memang tak suka mayonis dan sos sehingga akhirnya saya menangis. Dia pujuk saya dan keluar semula pergi belikan sandwich yang baru semata-mata untuk bagi saya makan. Selepas itu saya minta ampun kepadanya kerana kasihankan dia yang sanggup buat apa saja untuk saya," katanya.
Tambah Fazura lagi, Fattah juga sanggup mengalah biarpun ternyata dirinya yang salah.
Menceritakan kisah diawal kehamilan, Fattah juga mengidam untuk makan aiskrim, sehinggakan berat badannya kini naik, manakala Fazura berpantang makan pedas dan tajam seperti nanas.
Terdahulu, Fattah Amin dan Nur Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Sumbe
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.