Pelakon, Nur Fazura mengumumkan berita gembira dirinya kini sudahpun berbadan dua dan hamil 4 bulan.
Fazura dan suaminya, Fattah Amin meluahkan rasa syukur dengan kandungan pertama selain mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka.
"Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami @fattahaminz ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama. Kandungan saya kini dalam bulan keempat, alhamdulillah.
"Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang.
"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang. InsyaAllah. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi dari hati kami berdua."
Terdahulu, Fazura dan Fattah Amin telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Tahniah Fazura dan Fattah Amin!
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.