Menjadi satu-satunya wakil tunggal negara, Fattah Amin hari ini mencuri tumpuan selepas tercalon dalam TC Candler’s 100 Wajah Paling Tampan 2020.

Pencalonan Fattah Amin ini telah diumumkan oleh TC Candler menerusi laman Instagram mereka sejak 1 September lalu.
Pencalonan itu dibuat selepas Fattah Amin mendapat undian tertinggi oleh peminat, bersama-sama selebriti terkenal lain.
Antaranya adalah artis K-Pop seperti V(BTS), Hyun Bin, TZU Yu (Twive) dan ramai lagi.

Pencalonan oleh TC Candler ini adalah tahun ke-7 seumpamanya, dimana pemenang tahun-tahun sebelum ini adalah Michael Fassbender (2013), Jamie Dornan, (2014), Diego Boneta (2015), Michiel Huisman, (2016), V BTS (2107), Jason Momoa (2018) dan Jungkook BTS (2019).
Sumber: Buzz Kini
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.