Pelakon, Fattah Amin mendedahkan berat badannya meningkat sejak berkahwin kerana isterinya, Fazura, gemar memasak.
Disebabkan itu, Fattah Amin terpaksa meminta isterinya itu supaya tidak memasak lagi makanan pada waktu malam.
“Selepas kahwin, berat badan saya bertambah kerana isteri rajin di dapur dan hidangannya memang menyelerakan.
“Kini, saya terpaksa melarang dia masuk dapur menyediakan makanan lewat malam kerana mahu kembali saiz badan seperti dulu,” katanya seperti yang dipetik di HMetro.
Tambah lagi, pasangan ini akan memastikan mereka makan sebelum jam 6 petang dan mengamalkan diet seimbang.
Sumber: HMetro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.