Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Pengurus Fattah Amin Beri Bayangan Majlis Nikah dengan Amira Othman Semakin Hampir?

ROSTAM, Mohamad Firdaus
07 May 2025, 03:16 PM

pengurus fattah amin beri bayangan majlis nikah dengan amira othman semakin hampir?

Foto: Instagram

Spekulasi mengenai hubungan antara pelakon terkenal Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman kembali hangat diperkatakan apabila pengurus Fattah, dikenali sebagai Aca, memberikan kenyataan yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Dalam satu siaran langsung di platform TikTok, Aca diminta mengulas mengenai desas-desus pernikahan antara Fattah dan Amira yang dikatakan semakin hampir. Beliau hanya memberikan jawapan ringkas. "Doakan yang baik-baik," tanpa mengesahkan atau menafikan spekulasi tersebut.

Kenyataan tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat. Rata-rata netizen menzahirkan keterujaan dan mendoakan agar hubungan Fattah dan Amira dipermudahkan hingga ke jenjang pelamin. Beberapa komen yang ditinggalkan oleh peminat termasuk

"Alhamdulillah kalau Aca cakap macam itu faham-faham sajalah. Tak sabar,”

"Insya-Allah mungkin mereka sedang buat persiapan tu,"

"Semoga dipermudahkan segala urusan Fattah dan Amira, ada jodoh tak ke mana dan akan sampai waktunya nanti,” ujar beberapa peminat di ruangan komen.

Sebelum ini, pada 21 Februari lalu, timbul khabar bahawa Fattah telah bertunang dengan Amira dan bakal melangsungkan perkahwinan selepas Syawal. Namun, sehingga kini, belum ada pengesahan rasmi daripada kedua-dua pihak mengenai perkara tersebut.

Untuk rekod, Fattah Amin, 34, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nur Fazura Sharifuddin, namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu selepas tujuh tahun berkahwin.

Dengan perkembangan terkini ini, para peminat pastinya menantikan pengumuman rasmi daripada Fattah dan Amira mengenai status hubungan mereka. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat pasangan ini.

Sumber: HibGlam

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us