Sebelum ini Fatiya Latiff pernah terpalit kontroversi apabila video tariannya menjadi viral. Tak mahu dihantui kesilapan lalu, Fatiya merayu pada sesiapa yang mempunyai videonya di aplikasi Bigo tersebut agar memadamkan video itu.
Ia menjadi pengajaran yang besar buat Fatiya. Fatiya tak mahu perkara itu menjadi penghalang buat dirinya untuk menjadi lebih baik di dalam bidang seni.
“Saya sedar kesilapan lalu dan benar-benar mahu video itu dihapuskan daripada laman sosial terutama di YouTube.
“Saya tak mahu generasi akan datang menonton video terbabit. Kesilapan itu menjadi iktibar buat saya.
“Saya mohon kepada sesiapa yang ada memuat naik video live Bigo itu, tolonglah padam rakaman itu walau di mana platform sekali pun,”katanya.
Fatiya juga mahu menjadi seorang yang lebih positif.
“Saya melihat kesilapan itu sebagai satu titik perubahan dan tidak mahu ia berulang lagi.
“Buat apa saya meratap apa yang sudah tersurat. Kalau saya asyik fikirkan perkara itu, makin mundurlah saya nanti,” katanya.
Fatiya juga terkilan dengan sikap segelintir individu yang lebih gemar menggunakan bahasa kasar dan kesat apabila memberi teguran dan kritikan kepadanya.
“Saya terbuka menerima kritikan, bukan tidak boleh ditegur langung. Bagaimanapun, sangat mengecewakan apabila ada di antara mereka menggunakan bahasa kasar dan kurang adab.
“Mungkin cara begitu normal bagi mereka tetapi saya tidak sama sekali. Saya masih punya hati dan perasaan.
“Sedangkan keluarga, sahabat terdekat dan rakan artis pun boleh tegur dengan berhemah. Bukannya susah pun nak cakap elok-elok, kan?” katanya.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.