Penyanyi dan juga pelakon, Fatiya Latiff baru-baru ini dilihat sudahpun kembali berhijab dan dilaporkan memadam kesemua gambar free hair beliau daripada laman sosial.
Terbaru, menerusi akaun Instagram pemilik sebenar nama Nur Fathia binti Abdul Latiff ini berkongsikan antara sebab beliau memilih untuk menjadi single.
Menurut Fatiya, beliau juga kini tidak lagi perlu untuk ‘berlakon’ dan berpura-pura demi menjaga hati pasangannya.
"For me, well, i don’t need to be fake all the time just to please my partner", tulisnya.
Perkongsian Fatiya itu bagaimanapun disekat pada ruangan komen oleh mana-mana pengikut beliau di Instagram.
Terdahulu, Fatiya pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pelakon Malaysia, namun hubungan mereka berakhir pada Disember 2015 lalu.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.