Pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa baru-baru ini telah berkongsi ada menerima mesej berunsur lucah daripada individu tidak dikenali.
Individu tersebut yang meminta agar Fatin Afeefa untuk menunjukkan gambarnya, terlebih dahulu memberikan salam kepada ibu dua orang cahaya mata itu.
Penyanyi lagu Satu Jam Saja itu bagaimana pun tidak melenting, sebaliknya membalas dengan cara professional.
“Yang penting, dia bagi salam. Itu yang penting”, tulis Fatin pada laman Twitternya.
Beliau juga mendakwa ada menerima gambar dari lelaki berkenaan, namun tidak mahu berkongsi pada orang ramai kerana ia tidak bersesuaian.
Lantas, perkongsian beliau ini dihujani dengan pelbagai komen dari netizen.
Fatin Afeefa kini kembali dengan lagu barunya bertajuk Satu Jam Saja.
Sumber: Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.