Sejak hari Rabu lepas, kecoh di laman Twitter apabila seorang pemanggil wanita bersuara garau menghubungi Johara dan mengejutkan ramai pihak.
Dikenali sebagai ‘Fatimah’, wanita berkenaan terdahulu telah menghantarkan pesanan suara ke nombor Whatsapp ERA sebanyak tiga kali dan mencabar penerbit Johara Pagi ERA, Azah Sahrin untuk menghubunginya.
"Pada Rabu lalu topik kami tentang filem seram sempena Hantu Kak Limah dan Munafik 3 serta bertanya kepada pendengar filem seram macam mana mereka nak buat.
"Saya dapat tiga rakaman suara seram itu meminta penyampai hubungi dia jika berani. Kemudian pihak Johara cuba hubungi dia dan sememangnya dia bercakap dengan karater itu sepanjang masa sehingga talian diputuskan," ujarnya kepada mStar Online.
Tak sangka menjadi tular di laman sosial, hari ini (Jumaat), Johara Pagi ERA menjemput gadis berkenaan ke studio dan nyata panggilan yang dibuat pada Rabu lalu bukanlah gimik.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.