Pelakon dan model, Nur Fathia binti Abdul Latiff, atau lebih dikenali sebagai Fathia Latiff, mengakui kini kembali tidak berhijab.
Dipetik daripada video yang dikongsikan oleh MHE TV, pelakon berusia 32 tahun ini mengakui sudah kembali tidak berhijab kerana tidak mahu menipu diri sendiri.
“Saya rasa lebih lega sekarang. Saya enggan menipu diri sendiri lagi dan kembali menjadi diri sendiri.
“Lagipun, untuk kekal bertudung bukan satu perkara mudah
“Saya pakai tudung selama ini sebab orang lain. Disebabkan tidak dapat menerima kenyataan saya memilih untuk tampil berhijab.
“Bagaimanapun saya sedar yang saya tidak boleh menipu atau mengongkong diri saya.
“Jadi saya ambil keputusan untuk kembali kepada diri yang asal. Saya sudah tidak boleh bertahan lagi,
“Ini kehidupan saya. Jadi, saya berhak atur hidup tanpa perlu orang lain menghukum.
“Sebenarnya mereka yang suka menghakimi orang lain ini tiada kehidupan. Orang kata saya mengalami tekanan sampai buka tudung adalah silap sebaliknya mereka dengki dengan kehidupan saya.
“Adakah dengan menghukum saya mereka sudah dapat tiket masuk syurga? Bagi saya semua orang sama. Setiap orang melakukan kesilapan.
“Siapa anda untuk hina dengan pilihan yang saya buat. Saya perlu masa untuk kenal diri yang sebenar.
“Saya tahu keputusan ini salah tapi ada cara untuk tegur,” katanya.
Sumber: MHE TV
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.