Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

''Saya Tiada Alasan Kenapa Kembali Bertudung..'', Fathia Latiff Kini Tampil Berhijab

Fathia juga dilihat sudahpun memadamkan semua foto lamanya di Instagram.
Editor
15 Jun 2020, 11:54 AM

Penyanyi dan juga pelakon, Fathia Latiff dilaporkan kini sudah kembali bertudung selepas mencetuskan kontroversi apabila menanggalkannya pada tahun lalu.

Menurut Fathia, tindakannya untuk kembali berhijab ini adalah dalam fasa membetulkan dirinya dan beliau juga tidak punya alasan kenapa beliau kembali tampil bertudung.

"Pada akhirnya, saya kena balik kepada pegangan agama dan kepercayaan. Saya tiada alasan kenapa kembali bertudung.

"Saya manusia biasa yang tidak lepas melakukan khilaf demi khilaf. Sekarang, saya dalam fasa membetulkan diri... Bukan mudah hendak istiqamah.

"Saya pernah hanyut, terleka dan lalai hingga jatuh terduduk saat buat keputusan membuka tudung.

"Saya tanggung semuanya kerana silap sendiri. Saya bukan masih muda lagi. Dahulu saya tidak matang.

"Sekali lagi, saya harap diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri dan berubah," katanya.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin!

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff) on

"Benar, saya manusia biasa. Namun, itu bukan alasan untuk saya buat silap dan kembali sedar. Seterusnya, buat lagi hal sama. Hidup ini bukan panjang lagi.

"Saya akui tewas ketika diuji. Ada fasa dalam hidup termasuk hal peribadi dan kebodohan akhirnya menjerat diri.

"Saya memberontak tidak kena gaya. Natijahnya, hanya saya tahu. Saya lupa diri ini bukan orang biasa, sebaliknya insan dikenali yang diperhati setiap tindak tanduk.

"Sampai bila saya hendak 'pakai buang' dalam kewajipan bertudung. Mahu atau tidak, saya kena tetap pendirian. Soal bertudung, saya kena pakai kerana itulah tuntutan wanita Islam," katanya lagi sambil menekankan bahawa tudung adalah mahkota yang menutup aurat wanita Muslim dan jika tidak bertudung seumpama ketinggalan.

Fathia juga dilihat sudahpun memadamkan semua foto lamanya dan hanya meninggalkan foto yang berhijab.

Sumber: Media Hiburan

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}