Fathia Latiff baru-baru ini telah menjawab persoalan sesetengah pihak yang mendakwa dirinya gila.
Dipetik daripada Gempak, Fathia yang ditemubual oleh Hlive berkata, beliau mengakui selesa dengan penampilan dan keadaan dirinya sekarang.
"Bagi saya, apa yang orang nampak berbeza dengan apa yang saya rasakan. Jadi, apa yang saya rasa sekarang, saya sangat selesa dengan diri saya.
"Saya selesa dengan rambut saya, dengan pemakaian saya... Saya rasa mereka yang 'gila' sekarang," seloroh Fathia.
Pelakon dan penyanyi berusia 31 tahun itu juga berkata, sebagai seorang selebriti beliau kena tahu apa yang dilakukannya dan tidak ambil kisah tentang apa yang dikatakan orang terhadapnya.
"Saya baik-baik sahaja... Saya masih di sini. Sebagai selebriti, saya kena buat apa yang patut saya buat. Saya masih di sini, meneruskan muzik saya.
"Tak kisah orang cakap apa pasal saya, tak kisah bagaimana orang melihat saya, asalkan saya tahu apa yang saya mahukan, saya akan teruskan. Kena teruskan dengan kehidupan dan mengejar cita-cita," katanya.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.