Masih ingat tak tahun dahulu berlaku satu kontroversi di mana Fasha Sandha dikatakan dihalau dari sebuah pertunjukan fesyen oleh Nora Danish pada Mei tahun lalu ?
Konflik antara mereka mungkin selesai tak lama lagi selepas kedua-duanya dilhat keluar daripada mahkamah Mahkamah Tinggi Shah Alam kelmarin.
"Apa yang akan saya jelaskan nanti adalah penamat segala yang berlaku antara kami. Ketika ini, kami hanya menunggu arahan mahkamah dan selepas itu, baru kami akan keluarkan kenyataan rasmi.
"Bukan kami tidak mahu selesaikan kemelut ini di luar mahkamah, tetapi tidak boleh. Jika boleh, sudah lama kami melakukannya. Saya positif konflik ini dapat diselesaikan dengan cara baik," katanya Nora ketika ditemui BH Online.
Sumber: BH Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.