Salah seorang peserta program Big Stage 2020, Farisha Iris akur tersingkir pada minggu separuh akhir program berkenaan malam semalam.
Hanya selangkah sahaja lagi untuk ke final, Farisha terpaksa akur dengan keputusan berada di tangga tiga terbawah bersama Qody Rany dan Dinie Rashid.
Pada minggu separuh akhir semalam, Farisha membawakan lagu Semalam secara solo selain berduet bersama Syamel menyanyikan Ratusan Purnama.
Final Big Stage 2020 menyaksikan dominasi penyanyi lelaki iaitu Azzam Sham, Usop, Fadh Majid, Qody Rany dan juga Dinie Rashid.
Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.