Foto: Instagram
Pelakon Farid Kamil meluahkan rasa syukur kerana Ramadan kali ini sangat bermakna bagi dirinya.
Dia berpeluang untuk meluangkan masa berbuka puasa dan menunaikan solat Tarawih bersama dua anaknya, Muhammad yang berusia 12 tahun, dan Nur Aurora yang berusia 10 tahun.
"Ramadan adalah bulan yang penuh berkat dan kesempatan terbaik untuk membersihkan hati daripada segala dosa. Ia juga merupakan bulan keampunan di mana ganjaran bagi setiap amalan ibadah akan digandakan," katanya.
Memetik laporan Berita Harian, Farid juga menegaskan bahawa pengalaman Ramadan kali ini sangat berbeza dan lebih bermakna berbanding tahun-tahun sebelumnya.
"Secara jujurnya, Ramadan kali ini sangat indah kerana saya dapat berbuka bersama anak-anak dan solat Tarawih. Tahun ini berbeza daripada Ramadan yang pernah saya lalui sebelum ini," jelasnya.

Foto: Sinar Harian
Ketika ditemui, Farid yang kini berusia 44 tahun, berkongsi bahawa dia tidak menghadapi sebarang masalah untuk bertemu dengan anak-anaknya.
"Saya tidak perlu meminta kebenaran atau mendapatkan persetujuan daripada sesiapa untuk berjumpa dengan mereka. Anak-anak adalah amanah dalam hidup kita. Pada masa ini, tidak ada halangan untuk saya bertemu mereka. Saya sangat bersyukur kepada Allah," tambahnya dengan penuh rasa terima kasih.
Untuk info, Farid dan isterinya, pelakon Diana Danielle, berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang anak.
Walaupun mereka melalui proses perceraian pada 10 Ogos 2023 melalui Google Meet, mereka telah rujuk semula sebulan kemudian.
Namun, pada 4 November lalu, Diana hadir ke mahkamah untuk mendaftar rujuk dan memfailkan permohonan perceraian sekali lagi terhadap Farid.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.