Foto: Kosmo
Pasangan pelakon terkenal, Farid Kamil, 43, dan Diana Danielle, 33, telah disahkan bercerai talak satu buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, hari ini.
Farid Kamil Zahari atau mesra disapa Farid itu melafazkan cerai talak satu terhadap Diana di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Isnin.
Kedua-dua mereka kelihatan tenang dan keluar bersama selepas lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin.
"Alhamdulillah, dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini, semuanya selesai. Terima kasih kepada Diana kerana memahami situasi.
"Masing-masing kini boleh memberi tumpuan kepada anak-anak dan membina hubungan persahabatan yang baik. Yang penting, demi kebaikan anak-anak," kata Farid kepada wartawan.
Foto: Instagram
Sementara itu, Diana Danielle Danny Beeson pula menyatakan bahawa mereka kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan membesarkan dua anak mereka. Dia juga tidak melihat perpisahan ini sebagai sebab untuk bermusuhan dengan Farid.
“Walaupun dah berpisah, saya tak rela untuk menjaga anak-anak seorang diri.
“Saya tiada perancangan untuk memisahkan mereka memandangkan anak-anak memerlukan kasih sayang bapa mereka,” ujar Diana.
Selepas sesi media, mereka juga sempat berbual dan saling bersalaman. Farid turut mengucapkan selamat tinggal kepada Diana sebelum meninggalkan mahkamah.
Sementara itu, Diana Danielle Danny Beeson pula menyatakan bahawa mereka kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan membesarkan dua anak mereka. Dia juga tidak melihat perpisahan ini sebagai sebab untuk bermusuhan dengan Farid.
Sebelum ini, Diana Danielle memberitahu bahawa dirinya berharap agar isu rumah tangganya dengan Farid Kamil segera berakhir.
Menurutnya, mereka sudah banyak kali ke mahkamah, namun dia tetap menginginkan penyelesaian.
Diana juga berharap agar Farid memahami situasi tersebut dan berharap semuanya dapat diselesaikan dengan segera.
Sumber: Instagram @hliveofficial
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.