Fanatik! Itu yang boleh dikatakan kepada pasangan kekasih ini apabila mereka sanggup menghabiskan 250,000 pound (kira-kira RM1.3 juta) bagi menjalani puluhan pembedahan kosmetik.
Oli London, 30, dan Angelique Frenchy Morgan, 44, setakat ini sudah menjalani 24 pembedahan semata-mata untuk mendapatkan wajah mirip penyanyi kumpulan BTS, iaitu Park Ji-min.
London yang terlalu obses dengan Park Ji-min juga sanggup berkahwin dengan keratan kotak bintang K-pop itu sehingga membuatkan pasangannya cemburu.
Menurut London lagi, mereka mula menjalani pembedahan kosmetik sejak tahun 2013 dan sejak dari itu mereka sudah ke Korea Selatan, Poland dan China hanya kerana mahu kelihatan seperti Park Ji-min.
“Saya suka dengan penampilan ini dan ketika saya bertemu Morgan, dia juga sudah melakukan suntikan botox pada payudara.
“Morgan juga faham dengan keinginan saya menukar penampilan saya untuk menjadi bintang K-Pop manakala dia akan memastikan dirinya sentiasa kelihatan seperti patung anime.
"Walaupun terpaksa menghabiskan wang yang banyak demi impian itu, kami sedikit pun tidak terkilan malah kami masih mahu melakukan transformasi diri pada masa akan datang," katanya.
Menurut teman wanita London, minat mereka terhadap penyanyi berkenaan membuatkan hubungan mereka lebih kuat, hingga mereka sanggup melakukan apa sahaja agar sama seperti idola mereka.
Sumber: Daily Mail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.