Pelakon, Faezah Elai baru-baru ini telah berkongsi kisah menarik zaman kanak-kanaknya membesar dan tinggal di kawasan perumahan flat Taman Tun Sardon, Pulau Pinang.
Menurut pelakon Mami Jarum yang kini sudah menjangkau usia 37 tahun ini, kawasan rumah flatnya itu amatlah meriah terutamanya ketika musim perayaan.
“Dok flat ni meriah woo!! Especially time raya.. klu ada yang bergadoh laki bini, memang 1 flat boleh dengaq.
“I remember when I was around 12 years old, me and my sister, tengah malam jiran bawah rumah bekelaih (bergaduh) laki bini, me and my sis dengan bedak sejuk tempek kat muka, dok bertinggung tepi tangga dok dengaq depa berkelaih pasai apa tak tau, lupa pi dah..cheq punya bawang lah time tu!! Haaaa we are the real mami jarum u know!!
I really enjoyed my childhood memories..
Haihh.. how time flies..
Kita memang layak digelar The Real Mami Jarum!!”, ujarnya yang menyifatkan ia sebagai salah satu memori terindah.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dan memuji beliau kerana tidak malu untuk berkongsi perihal asal usulnya itu.
Sumber: Instagram Faezah Elai / Media Hiburan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.