Pelakon Eyra Hazali teruja apabila menghadiahkan sebuah kereta pacuan empat roda kepada kedua ibu bapanya, Hazali Ramli dan Qhuzie Mohd Johari.
Hazirah Qasdina atau mesra disapa Eyra berkata hadiah ini sebagai tanda penghargaan buatnya atas jasa membesarkan dia dan keluarga.
Menurut hantaran di akaun Instagramnya, Eyra sangat bersyukur kerana dia membeli kereta itu dengan hasil titik peluhnya sendiri.
“Alhamdulillah dapat serahkan sendiri dekat ibu bapa saya (ada temujanji doktor). Hadiah ini tak sebesar jasa mummy dan ayah untuk besarkan kami 7 beradik.
“Selagi ada kudrat, Eyra akan buat apa saja untuk senangkan mummy dan ayah,” katanya.
Pelakon berusia 22 tahun itu gembira kerana hasratnya untuk memberi keselesaan kepada insan yang paling berjasa sudah tercapai.
“Siapa sangka, rezeki melimpah ruah pada awal tahun dan selepas tunggu dari bulan Februari, tepat pada masanya,” ujarnya lagi.
Lebih mengujakan apabila suaminya, Muhammad Haziq Nadzli juga penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) turut membeli sebuah kereta mewah buat mereka.
Terdahulu, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan Muhammad Hayder Qhalish pada 14 Ogos 2020.
Sumber: Instagram Eyra Hazali
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.