Heroin drama Mr. Grey, Eyra Hazali mengakui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nadzli.
"Sejujurnya saya memang bercinta dengan Haziq dan rasanya kalau nak sorok-sorok pun orang sudah tahu.
"Saya dengan dia sudah 11 bulan bercinta dan kami mula berkenalan sejak Sukan SEA tahun lalu.
"Dia merupakan seorang yang saya selesa untuk berkongsi segala kisah dan sikapnya yang membuatkan saya suka padanya," katanya kepada Gempak.
Eyra dan Haziq sudah menjalinkan hubungan percintaan sejak 11 bulan lalu dan mereka mula bertemu di Sukan SEA KL 2017.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.